Kolej Uniti martabatkan profesion eksekutif halal

Dari Penulis

KOLEJ Uniti Port Dickson komited dalam membantu kerajaan memartabatkan profesion eksekutif halal dan pengamal industri halal yang memainkan peranan penting dalam pematuhan pensijilan halal di negara.

Ketua Pegawai Eksekutif, Amir Hamzah Md Isa berkata, penganjuran Persidangan Eksekutif Halal Kebangsaan 2022 (PEH22) di Pusat Konvensyen Bangi Avenue merupakan manifestasi komitmen Kolej Uniti dalam menyokong usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan agama Islam negeri.

Beliau berkata, persidangan peringkat kebangsaan selama dua hari itu merupakan platform perkongsian idea dan pandangan secara eksklusif melibatkan pengamal pensijilan halal daripada pelbagai industri.

“Melalui PEH22, eksekutif halal dan pengamal industri halal telah mendapat maklumat terbaharu mengenai hala tuju serta polisi kerajaan melalui sesi perbincangan panel melibatkan pelaksana dasar dan pakar berkaitan halal.

“Persidangan ini berjaya menarik penyertaan lebih 200 orang eksekutif halal yang berkhidmat dalam pelbagai industri termasuk dari luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Istiadat konvokesyen ke-19 Kolej UNITI Port Dickson esok

Jelasnya, PEH22 yang dianjurkan oleh Kolej Uniti Port Dickson dan Pusat Kecemerlangan Halal Kolej Uniti menerima kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri selain penglibatan syarikat terkemuka tempatan.

“Pada penghujung persidangan, PEH22 memberi peluang kepada eksekutif halal untuk mengemukakan pandangan, isu dan cadangan secara kolektif kepada penggubal dasar sekali gus memartabatkan profesion ini di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

“Resolusi ini kemudian akan diserahkan kepada pihak berwajib dan kami berharap eksekutif halal akan memberi perhatian sewajarnya kepada kerajaan,” katanya.

PEH22 telah telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee.

Malah, seramai 20 panel terdiri daripada pegawai kanan agensi kerajaan termasuk JAKIM, Jabatan Agama Islam Selangor, Halal Development Corporation Berhad, syarikat-syarikat terkemuka dan industri tempatan turut terlibat dalam acara ini.

Amir Hamzah berkata, persidangan ini disertai para pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi dalam bidang berkaitan halal dan syariah sekali gus memberi pendedahan mengenai hala tuju profesion eksekutif halal.

Turut terlibat wakil daripada Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, Universiti Islam Selangor, Kolej Universiti Islam Sultan Ismail Petra, Kolej UNITI Kota Bharu dan Kolej UNITI Port Dickson.

“Berdasarkan sambutan PEH22 edisi sulung yang sangat menggalakkan ini, kami akan berusaha menampilkan lebih banyak program seumpama yang menarik sekali gus memberi peluang kepada pelajar memandangkan prospek kerjaya ini tidak tertumpu kepada negara kita tetapi terbuka luas di peringkat serantau dan global,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Sains Halal, IPB Universiti Bogor, Professor Khaswar Syamsu berkata, pihaknya berbesar hati menjalinkan kerjasama bersama Kolej Uniti.

“Melalui kerjasama ini, kedua-dua institusi pendidikan tinggi akan berkongsikan kepakaran serta pengalaman sekali gus memainkan peranan penting dalam memperkasakan ekosistem dan agenda halal global,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This