PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai menteri Kabinet pada jam 8.15 malam ini.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengesahkan perkara tersebut menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau petang tadi.
“InsyaAllah jam 8.15 malam ini saya akan mengumumkan saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan Perpaduan. Nantikan,” katanya ringkas.
Baca lagi: Perdana Menteri selesai menghadap Agong 40 minit, Kabinet diumum petang ini?
Terdahulu, Anwar menerima perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menghadap Baginda Seri Paduka.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

