Perdana Menteri selesai menghadap Agong 40 minit, Kabinet diumum petang ini?

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menghadap Baginda Seri Paduka.

Presiden PKR itu tiba di Istana Negara kira-kira pada jam 8.20 pagi dan dilihat keluar pada  9.15 pagi tadi menaiki kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam.

Setakat ini, banyak desas-desus menyatakan Anwar akan mengumumkan pembentukan Kabinet pada petang ini.

Begitupun, sehingga pagi tadi, tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai pembentukan Kabinet tersebut.

Baca lagi: PM umum sebahagian Kabinet esok?

Antara nama-nama yang paling menjadi tumpuan dalam pembentukan Kabinet kali ini ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketiga-tiga pemimpin ini antara yang tersenarai dalam ’kluster’ mahkamah, yang mana Anwar pernah menekankan untuk tidak akan menyenaraikan golongan tersebut dalam Kabinetnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

SPRM tahan 73 individu kes tuntutan Daya Kerjaya 2.0 bernilai RM9 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 73 individu yang terdiri daripada ejen dan pemilik syarikat kerana disyaki...

More Articles Like This