SENARAI ahli Jemaah Menteri di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan lewat petang ini.
Perdana Menteri mengesahkan perkara tersebut ketika berucap pada program Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateg, Tama Jati, Meru Raya, tadi.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu akan mengumumkan barisan Kabinetnya pada satu sidang media di pejabat beliau di Putrajaya.
Baca lagi: Anwar pulang ke Tambun selepas dilantik PM-10
Pengumuman barisan Kabinet itu dinantikan seluruh negara selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 24 November lalu.
Beliau mempunyai tempoh yang terhad untuk membentuk kerajaannya, susulan Parlimen akan bersidang pada 19 dan 20 Disember depan.
Sidang Parlimen itu akan mengemukakan beberapa usul penting termasuk usul memilih Speaker Dewan Rakyat yang baharu serta usul undi percaya kepada Perdana Menteri.
Tan Sri Azhar Azizan Harun telah pun mengesahkan akan mengosongkan kerusi Speaker Dewan Rakyat dalam sidang pertama Kerajaan Perpaduan nanti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

