PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng menyatakan kesediaan untuk berkhidmat dalam apa jua kapasiti di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Menteri Kewangan itu turut menjelaskan bahawa pelantikan menteri-menteri Kabinet adalah prerogatif Perdana Menteri.
Tegas Guan Eng, spekulasi yang tersebar mengatakan beliau tidak tersenarai sebagai menteri Kabinet juga tidak perlu menjadi keutamaan semua ketika ini.
“Sama ada saya berada di dalam Kabinet atau tidak adalah kedua kepada kepentingan bahawa masa depan negara kita tidak boleh dicuri.
“Izinkan saya menyatakan kesediaan untuk berkhidmat dalam apa jua kapasiti.
“Asalkan ia memenuhi kepentingan negara yang lebih besar bahawa kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar boleh terus berfungsi dan kekal stabil terhadap kuasa ekstremis yang cuba melemahkan dan menggulingkannya,” katanya.
Baca lagi: Sultan Nazrin terima menghadap Perdana Menteri di Istana Kinta
Mengulas lanjut, Anwar berkata, Pakatan Harapan (PH) layak berada dalam kerajaan selepas memenangi kerusi terbanyak dan undi popular terbesar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Jelas beliau, Kerajaan Perpaduan antara PH, Barisan Nasional (BN) dan parti-parti dari Sabah serta Sarawak mempunyai majoriti yang jelas yang mewakili kehendak rakyat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

