Sultan Nazrin terima menghadap Perdana Menteri di Istana Kinta

Dari Penulis

SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Kinta.

Sesi menghadap bermula kira-kira 10.50 pagi dan pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam, selepas kenderaan Proton Perdana yang membawa Anwar dilihat keluar dari perkarangan Istana Kinta pada pukul 12 tengah hari.

Baca lagi: Anwar pulang ke Tambun selepas dilantik PM-10

Sesi menghadap Sultan Nazrin Shah itu yang pertama buat Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, sejak Pengerusi Pakatan Harapan itu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov.

Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadualkan mengadakan sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Awam Tanjung Rambutan, menunaikan solat Jumaat, serta menghadiri Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, sebelum kembali ke ibu negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This