SEBANYAK lima buah kereta rosak selepas dihempap pokok tumbang di apartment Pelangi Damansara, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 8.35 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba enam minit kemudian dan mendapati dua buah Perodua Axia, Perodua Bezza, Proton Wira dan Proton Saga dihempap pokok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Pokok tumbang hempap empat kenderaan dekat Pulau Indah

Jelasnya, bomba berjaya mengalihkan dahan tersebut dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram