Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika keluar menjala bersama 13 rakannya berhampiran kawasan Loji Rawatan Air Sultan Iskandar, di Johor Bahru semalam.
Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar berkata mangsa, Betron Anak Tela, 38, dipercayai terjatuh dan hilang ketika melakukan aktiviti itu pada kira-kira 2 pagi semalam.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.55 tengah hari, sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melibatkan 12 anggota dari BBP Johor Jaya, lapan anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) dari BBP Skudai dan dua anggota unit dron dari BBP Kempas, dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Pihak bomba membuat pencarian di air dengan menggunakan teknik ‘surface searching’ dan selaman menggunakan sebuah bot aluminium serta bot orang awam.
“Mangsa berjaya ditemukan oleh PPDA pada kedalaman tiga meter dan jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa disyaki jatuh pada jam 6.35 petang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Baca artikel : Pemuda ditemukan lemas tersepit celah batu sungai
Saifulbahri berkata mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.40 malam.
— BERNAMA
Monday , 05 December 2022
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

