Rafizi nasihat PN jadi pembangkang yang baik

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) dinasihatkan untuk menjadi pembangkang yang baik  serta memainkan peranan semak dan imbang di Parlimen.

Nasihat itu dizahirkan Menteri Ekonomi merangkap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, matlamat kerajaan yang diundi oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah untuk memperbaiki ekonomi supaya kehidupan harian mereka menjadi lebih baik.

“Nasihat saya, utamakan rakyat. Rakyat akan menilai kita. Ini masa untuk kita bekerja siang dan malam untuk laksanakan semua idea yang kita pernah ada sebelum ini. 

“Yang jadi pembangkan seperti PN, jadilah pembangkang yang baik, kalau ada penyelewengan di sebelah kami, bongkarlah seperti yang saya pernah buat dahulu. 

“Kalau boleh, sampai pecah rekod saya masuk lokap berkali-kali dan sampai saya kena saman 16 kali, kalau boleh pecahkan rekod itu, lebih baik. Berbahas secara berilmiah dan baik di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik di akaun TikToknya malam tadi.

Baca lagi: Situasi mendesak untuk PM pegang jawatan Menteri Kewangan – Rafizi Ramli

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, keputusan PRU15 yang sememangnya sudah dijangka dan mempunyai banyak hikmah.

Jelas beliau, keputusan itu mendesak semua pihak yang bersengketa sebelum ini duduk semeja dan mengutamakan rakyat.

Sementara itu, mengulas mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan, Rafizi berkata, ia dilakukan atas langkah menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

Rafizi berkata, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang antara yang terwawal dimaklumkan mengenai cadangan Kerajaan Perpaduan.

Jelas beliau, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya bersetuju dengan titah Seri Paduka Baginda.

“Pada hari Anwar dan Muhyiddin Yassin dipanggil menghadap, Muhyiddin dan Abdul Hadi  dahulu yang dimaklumkan mengenai cadangan Kerajaan Perpaduan. 

“Dalam satu borang kertas persetujuan, mereka terus menulis tidak bersetuju di atas draf persetujuan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan itu. Selepas menghadap Seri Paduka Baginda, kedua-dua mereka terus meninggalkan istana.

“Kemudian Anwar masuk menghadap dan apabila dibentangkan dan dititahkan mengenai cadangan membentuk kerajaan persekutuan untuk memecah kebuntuan, anwar memberi persetujuan untuk PH menunjung titah tuanku itu.

“Esok harinya pula, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masuk menghadap dan juga akur dengan titah Tuanku,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This