Polis Thailand kenal pasti dalang insiden landasan kereta api dibom

Dari Penulis

Polis Thailand telah mengenal pasti kumpulan yang disyaki terlibat dalam insiden letupan bom di landasan kereta api di Sadao, Songkhla pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Bahagian kesembilan, Mejar Jeneral Piyawat Chalermsi berkata pasukan keselamatan mempergiat memeriksa rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di semua pintu masuk ke tempat kejadian untuk menjejaki kumpulan yang terlibat.

“Polis telah mengenal pasti kumpulan militan yang menjadi dalang kejadian letupan bom di landasan kereta api itu. Kumpulan berkenaan bergiat aktif di Sadao.

“Siasatan mendapati kumpulan itu berada berdekatan di tempat kejadian untuk mengaktifkan bom yang ditanam di bawah landasan,” katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, motif kejadian dipercayai sebagai membalas dendam terhadap kematian anggota kumpulan itu pada Oktober dan Februari lalu.

Pada Sabtu, sebuah kereta api barang mengangkut getah yang dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar tergelincir selepas di landasan kereta api itu dibom.  

Dalam kejadian pada 12.50 tengah hari (waktu tempatan) itu, 11 daripada 15 gerabak kontena rosak dan tergelincir daripada landasan. Siasatan mendapati bom buatan sendiri seberat kira-kira 26 kilogram ditanam di atas landasan.

State Railway of Thailand (SRT) memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan melibatkan pekerja kereta api yang terdiri daripada dua pemandu, seorang juruteknik dan pekerja lain. Insiden itu turut menyebabkan landasan mengalami kerosakan teruk.

Sementara itu, Piyawat berkata skuad pemusnah bom telah memeriksa tempat kejadian untuk memastikan ia bebas daripada sebarang ancaman bom. 

Baca artikel : Bom Perang Jepun seberat 50kg ditemui di Batang Kali

Beliau berkata laluan keretapi Hatyai-Padang Besar akan ditutup selama beberapa hari bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan.

— BERNAMA

Monday , 05 December 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This