JUMLAH cabutan khas perjudian telah diarahkan untuk diturunkan kepada hanya lapan kali setahun berbanding 22 kali ketika ini.
Pada masa sama, cabutan khas tersebut juga akan kekal pada kadar lapan kali setahun mulai 1 Januari tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau telah membatalkan keputusan awal yang dilakukan kerajaan terdahulu sebelum ini yang menetapkan cabutan khas berkenaan pada kadar 22 kali.
Menurut beliau, langkah tersebut menunjukkan bahawa amanah yang dipikul dengan telus dengan tiada kecenderungan bagi mengutip dana haram.
“Amanah itu harus dijalankan dengan telus dan sekiranya tidak ada kecenderungan untuk mengutip dana haram, kita boleh ambil langkah-langkah perlu.
“Umpamanya satu hari saya jadi Menteri Kewangan, saya boleh ambil keputusan untuk membatalkan keputusan awal tahun ini untuk cabutan khas perjudian (yang ditetapkan) Jemaah Menteri disertai Bersatu dan Pas iaitu meningkatkan cabutan kepada 22 kali.
Baca artikel berkaitan: Anwar pengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan
“Pada hari ini, saya mengarahkan cabutan itu dikekalkan pada tahap yang lama iaitu lapan kali.
“Mulai 1 Januari, cabutan khas perjudian sekarang yang diterima oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai 22 kali akan turun kepada lapan kali,” katanya dalam sidang media hari ini.
Sidang media itu diadakan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat khas pertama Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.
Isu mengenai cabutan khas perjudian sebelum ini heboh apabila Kementerian Kewangan mengesahkan memberi izin kepada semua syarikat perjudian untuk melakukan 22 kali cabutan khas sepanjang tahun.
Sebelum itu, cabutan khas memang diadakan 22 kali setahun namun dikurangkan kepada 11 kali pada 2019 dan hanya lapan kali pada tahun 2020.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

