“Isu ini terlampau remeh…,” – Zurainah Musa jawab dakwaan Eizlan Yusof & Ahmad Idham isu seleweng dana RM40,000 pameran rumah hantu

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

“Nak cari pasal tiada masalah, ada masalah jumpa saya. Kita boleh duduk bincang kopi-kopi. Kalau nak publisiti muat naik di media sosial,” kata Pengerusi FINAS, Senator Datuk Seri Zurainah Musa.

Zurainah berkata demikian ketika diminta menggulas berkenaan isu penyelewangan dana Perbadanan Kemanjuan Filem Malaysia (FINAS) yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr. Ahmad Idham.

Jelas Zurainah, isu yang dibangkitkan itu dianggap remeh dan sebenarnya boleh dibincangkan dengan cara baik kerana pihaknya mengamalkan pintu terbuka untuk menyelesaikan sebarang isu.

“Dia boleh membuat laporan polis tanpa ‘conflict of interest’ berhubung isu guna duit mana dan siapa yang dapat keuntungan.

“Saya tidak boleh komen jika dia sudah membuat laporan polis. Saya akan jawab bila saya ingin jawab. 

“Bagi saya saya isu ini terlampau remeh,” ujarnya kepada URTV.

Zurainah ditemui pada majlis pelancaran Rumah Artis di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, petang tadi.

Isu penyelewengan tersebut timbul apabila Idham, bekas Ketua Pengawai Eksekutif Finas dan bekas ahli perbadanan agensi itu, Eizlan Yusof mendakwa FDAM menyalahguna kuasa bagi menjalankan projek pameran Hantu Filem bersempena penganjuran Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang diadakan di Melaka pada 29 November sehingga 1 Disember lalu.

Justeru, Idham menuntut Zurainah memberi penjelasan bagaimana ahli lembaga pengarah FINAS boleh mendapat kontrak menganjurkan pameran tersebut yang didakwa menelan belanja RM40,000.

Ulas Zurainah lagi, isu terbabit sepatutnya tidak perlu dibangkitkan kerana pemeran tersebut dianjurkan oleh persatuan bukannya melibatkan individu.

“Orang yang menganjurkan adalah persatuan apa salahnya? Bukan individu dan bukan juga ahli lembaga FINAS. 

“Pameran itu juga dianjurkan untuk para artis dan juga kru-kru.

“Finas akan bergerak agresif ke hadapan untuk membantu dan mengangkat industri kreatif. Itu pesanan saya kepada orang di luar sana,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This