Polis didenda 500 baht selepas halang laluan ambulans

Dari Penulis

SEORANG anggota polis berpangkat timbalan inspektor disaman sebanyak 500 baht (RM62.52) selepas bertindak menghalang laluan sebuah ambulans Ahad lalu.

Kejadian berlaku ketika ambulans berkenaan dalam perjalanan ke hospital membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera di Nakhon Ratchasima, timur Thailand.

Memetik laporan The Thaiger, polis itu yang memandu kenderaan pacuan empat roda (4X4) jenis Ford tersebut bertugas di Balai Polis Dan Khun Tot dan telah disaman oleh pegawai di Balai Polis Pak Chong atas kesalahan melanggar Akta Trafik Jalan Raya 1979.

Baca artikel : Pemandu halang laluan ambulans ada masalah pendengaran

Menurut pemandu ambulans, Worawut Naebchid, kejadian berlaku pada pagi Ahad selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan seorang warga emas wanita berusia 73 tahun berada dalam keadaaan tidak sedarkan diri di kampung Ban Khok Sanga.

Jelas Worawut, pasukan penyelamat telah bergegas ke lokasi dan warga emas berada disahkan berada dalam “kod merah” dan perlu segera dihantar ke hospital.

Bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan berhampiran pasar Mittraphap, anggota polis terbabit telah bertindak menghalang laluan ambulans meskipun siren dan lampu kecemasan telah dihidupkan.

Malah, polis tersebut juga telah memaksa pemandu ambulans berhenti sewaktu isyarat lampu bertukar merah.

Warawut berkata, pihaknya telah membuat pengumuman meminta memberi laluan kerana pesakit sedang kritikal, tetapi anggota tersebut enggan berganjak lalu keluar dari kenderaan dan berjalan ke arah ambulans.

Cerita Warawut, polis tersebut sempat mempersoalkan kenala ambulans tidak berhenti selepas melihat lampu merah.

Menurutnya, sewaktu isyarat lampu bertukar hijau, polis tersebut meneruskan perjalanan dan tetap menghalang laluan ambulans.

Sewaktu tiba di hospital, polis tersebut datang ke ambulans dan Warawut sempat bertanya mengapa beliau tidak memberi laluan.

“Saya bekerja di sini,” kata anggota polis itu.

Sementara itu, pegawai dari Balai Polis Pak Chong mendedahkan suspek tersebut ialah Kapten Polis Chanchai yang bekerja sebagai Timbalan Inspektor.

Jelas pegawai tersebut, pihaknya telah memanggil Kapten Polis Chanchai hadir ke mesyurat untuk meminta maaf susulan menghalang laluan ambulans.

Bagaimanapun, Kapten Polis Chanchai tidak hadir kerana masih disiasat polis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This