Isteri disyaki terlibat penipuan skim pelaburan, suami ditembak mangsa – Polis

Dari Penulis

SEORANG juruteknik mengalami kecederaan di bahagian lengan kanan dan leher, susulan ditembak seorang individu yang dipercayai menjadi mangsa penipuan wang skim pelaburan isterinya di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi, Taman Wangi, Klang pada 7.10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata mangsa 46 tahun itu, cedera akibat tembakan yang dilepaskan seorang lelaki disyaki warga tempatan yang tidak dikenali, menaiki sebuah motosikal serta memakai topi keledar berpelindung matahari gelap semasa kejadian berkenaan.

Cha berkata pihaknya terdahulu menerima panggilan daripada seorang wanita warga tempatan pada 8.55 pagi tadi, memaklumkan bahawa suaminya telah ditembak di hadapan rumah mereka.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian lengan kanan dan bahagian leher. 

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan X-Ray mendapati satu biji kelongsong disyaki peluru berada dalam lengan kanan mangsa,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

BERITA BERKAITAN Polis lepaskan tembakan selepas suspek cuba lari pemeriksaan

Hasil siasat pihaknya, Cha berkata suspek telah melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dengan menggunakan dua pucuk pistol yang berlainan.

Beliau berkata pemeriksaan unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, menemukan beberapa barang termasuk dua objek logam disyaki kelongsong peluru di lokasi kejadian.

Susulan itu, Cha meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan, untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hazri Raziff di talian 0183204914 atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This