Kalah di Padang Serai bukan sebab rakyat tolak gabungan PH-BN, tetapi terpengaruh agenda perkauman parti lawan – Mahfuz

Dari Penulis

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Kedah, Mahfuz Omar berkata kekalahan PH di kerusi Padang Serai kepada Perikatan Nasional (PN) bukan disebabkan rakyat menolak kerjasama PH-Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, beliau berkata para pengundi didapati terpengaruh dengan agenda perkauman dan agama yang dimainkan pihak lawan dan adalah hasil gelombang Pilihan Raya Umum (PRU) 15 kepada gabungan itu yang masih belum reda.

“Keputusan Padang Serai tidak ada kena mengena dengan kerjasama PH-BN kerana di DUN Tioman kita (BN) menang, ini menunjukkan kerjasama itu tidak memberi apa-apa indikator terhadap keputusan pilihan kali ini.

“Kalau penolakan kerjasama PH-BN tentu di DUN Tioman kita tak menang, tapi kita menang di sana,” katanya memetik laporan FMT.

Beliau berkata, apa berlaku di Padang Serai ia adalah rentetan gelombang ditiup dengan membawa sentimen perkauman, keagamaan sempit yang menakutkan masyarakat dan rakyat dalam berpolitik.

“Jadi untuk atasi benda ini kita akan lihat apa kelemahan yang berlaku termasuk untuk menghadapi pilihan raya negeri Kedah,” katanya sambil memaklumkan kemenangan PN disebabkan gelombang pengundi Melayu dan bukan Melayu masih bersama PH.

BERITA BERKAITAN (RASMI) PN rampas Parlimen Padang Serai, peroleh majoriti 16,260

Mengulas undi yang diterima calon BN hampir 3,000, Mahfuz berkata, ia berlaku disebabkan pengumuman kerjasama dengan PH dibuat agak lewat dan mungkin pengundi tidak mendapat maklumat secara menyeluruh.

Datuk Azman Nasrudin dari PN menang kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah selepas memperoleh majoriti 16,260 undi berbanding pencabar terdekat Dr. Mohamad Sofee Razak dari PH, sekaligus merampas kerusi dari kubu kuat PH.

Azman mendapat 51,637 undi, manakala Sofee memperoleh 35,377 undi. Calon BN, Datuk C Sivaraj turut mendapat 2,983 undi walaupun beliau menarik diri bagi memberi laluan kepada PH.

Calon Bebas Sreanandha Rao mendapat 846 undi, diikuti Hamzah Abd Rahman dari Pejuang (424) dan Bakhri Hashim dari Pejuang (149).

Pilihan raya Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon PH M Karupaiya pada 16 Nov. Bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This