Pengawal keselamatan bakar dua naskah al-Quran ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG pengawal keselamatan yang bertindak membakar dua naskah al-Quran di tangga parkir kereta di sebuah premis Jalan Ampang, ditahan polis pada pukul 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat membabitkan seorang wanita tempatan berusia 32 tahun itu pada pukul 1.51 pagi.

Beliau berkata, motif kejadian belum dikenal pasti dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai tekanan perasaan akibat masalah keluarga.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

“Suspek kini direman selama empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Bakar al-Quran tindakan melampau – Idris

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai untuk tidak terlibat dengan sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This