128 pelajar luar bandar di Sarawak sertai bengkel robotik YBR

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik bagi Pelajar B40 di Sarawak bermula 5 sehingga 26 Disember ini.

Objektif program melibatkan tiga sesi itu adalah untuk membantu pelajar membina pemikiran logik dan sistematik dalam merancang serta melaksanakan program.

Ia juga direka untuk mengukur tahap pengetahuan, sikap serta amalan pelajar melalui pra dan pasca intervensi berdasarkan penggunaan pemprograman robotik.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani menerusi kenyataan hari ini berkata, dalam memacu negara ke arah modenisasi, bidang inovasi harus diberi pendedahan berterusan demi kelangsungan tenaga mahir yang merupakan aset kepada sesebuah negara maju.

Beliau berharap, program ini dapat memberi impak tinggi kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar luar bandar dan dalam kalangan B40 mendapatkan pengalaman.

Beliau juga berharap pengetahuan mengenai robotik dan teknologi semasa dapat membuka minda pelajar mengenai kepentingan mengembangkan minat dalam pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Baca artikel lain: YBR sumbang 850 set buku Nuri kepada KEMAS Selangor

Syaiful Rizal menambah, program ini turut melibatkan 22 orang guru serta tiga fasilitator dari UKM yang akan membantu peserta memahami, bekerjasama dan melatih mereka untuk sentiasa berfikiran kritikal dalam membuat sesuatu keputusan.

Majlis Pelancaran Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik bagi Pelajar B40 di Sarawak telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan, Hasbi Ancheh.

Turut hadir Pegawai Daerah Sebuyau, Ayuradiman Bujang; Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem UKM merangkap pengurus program Prof Madya Dr Nazrul Anuar Nayan dan Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Sebuyau, Hasan Jamil.

Sementara itu, pelajar yang menyertai program ini merasakan ia secara tidak langsung menggalakkan mereka menghasilkan perisian pintar, menguji pengetahuan berhubung sistem robotik serta menonjolkan bakat.

Melalui program ini juga membolehkan mereka bertemu dan berkawan dengan lebih ramai pelajar lain serta
berkongsi ilmu pengetahuan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This