YAYASAN Bank Rakyat (YBR) mengambil inisiatif untuk melakukan sumbangan 850 set buku bacaan kanak-kanak kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Selangor sebagai sumber bacaan.
Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, sumbangan buku-buku berkenaan merupakan satu daripada inisiatif YBR dalam menyumbang kepada masyarakat.
Syaiful Rizal berharap buku-buku itu bukan hanya bermanfaat kepada kanak-kanak yang di institusi tersebut, malah dijadikan sebagai salah satu material dalam sesi pengajaran guru-guru.
“Selain misi membantu meningkatkan sosioekonomi melalui pendidikan, saya berpendapat inisiatif seperti ini termasuk dalam kategori asnaf fisabilillah iaitu sama ada jihad dengan tangan, tenaga, harta dan lisan.
“Di sini, YBR memfokuskan melalui bantuan pendidikan dan pembelajaran.
“Kita akan berusaha untuk mengenal pasti lebih ramai lagi golongan yang memerlukan dan menyalurkan lebih banyak bantuan dari semasa ke semasa.
“Ini bagi mengurangkan beban yang ditanggung golongan berkenaan serta meningkatkan lagi aktiviti kemasyarakatan serta pendidikan negara,” katanya.
Baca lagi: Empat IPTA terima RM400,000 bantuan awal pengajian YBR
Mengulas lanjut, Syaiful Rizal berkata, buku-buku sumbangan itu merupakan buku bacaan kanak- kanak berjudul Nuri yang berkisarkan persahabatan si cilik bernama Siti dan burung peliharaannya, Nuri.
Jelas beliau, buku tersebut menerapkan pelbagai nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian malah, turut diselitkan dengan elemen pembelajaran seperti sains, alam semula jadi dan budaya menabung.
Katanya, penghasilan buku bacaan ini merupakan kesinambungan daripada siri animasi ‘Nuri The Series’ yang telah dibangunkan oleh pelajar Diploma Kemahiran dibawah tajaan YBR yang dibiayai sepenuhnya oleh YBR dalam membuka peluang pekerjaan dan pendedahan kepada mereka selepas menamatkan pengajian.
Untuk rekod, bagi tahun 2022, YBR telah memperuntukkan sebanyak RM900,000 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

