SEORANG pemancing berdepan detik cemas apabila terkandas selepas tidak dapat menyeberangi sungai akibat kejadian kepala air pagi tadi.
Dalam kejadian di Sungai Balak, Batang Kali itu, mangsa terpaksa meminta bantuan bomba.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.29 pagi.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba 22 minit kemudian dan mendapati seorang lelaki Melayu berusia 34 tahun terkandas ketika menjalankan aktiviti memancing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang
Jelasnya, mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.45 pagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

