Wanita maut tersepit di bawah Pajero kekasih selepas dirempuh treler

Dari Penulis

HASRAT seorang wanita bagi melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember ini tidak kesampaian apabila maut dilanggar Pajero milik kekasihnya sendiri semalam.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Kilometer 110 Jalan Suwannasorn, Nakhon Nayok, Thailand, ketika Pajero dipandu kekasih wanita itu ingin berhenti bagi mengambil mangsa yang baru balik kerja.

Klik Visit Instagram untuk lihat video penuh. AMARAN! Budi bicara penonton diperlukan.

Memetik laporan Sanook, semasa teman lelaki mangsa mahu meletak kenderaan di tepi jalan, tiba-tiba sebuah treler menghentam belakang pikapnya lalu menyebabkan kenderaan itu merempuh mangsa yang kebetulan berada sebelah trak makanan.

Mangsa yang yang dikenali sebagai Nattakarn, 27, itu dilaporkan tersepit di bawah kereta dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Baca artikel : Pesara polis maut dilanggar pelajar UiTM

Difahamkan, teman lelaki mangsa yang dikenali sebagai Chonthit, 30, memeluk erat mayat kekasihnya dan meraung kesedihan melihat jasad mangsa.

Pasangan kekasih itu dikatakan mengedarkan kad undangan perkahwinan yang bakal berlangsung pada sambutan Krismas ini.

Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejaadian berkata, kemalangan tersebut turut mengakibatkan seorang tukang gunting rambut dan pemilik trak makanan cedera.

Kemalangan maut di Kilometer 110 Jalan Suwannasorn, Nakhon Nayok, Thailand.

Malah, motosikal, basikal dan pondok telefon awam yang berada di lokasi kejadian turut rosak akibat insiden itu.

Sementara itu, pemandu treler dikenali sebagai Nattawut Sanrat, 49, berhenti kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Katanya, dia dalam perjalanan dari Talad Thai ke Chanthaburi.

Dia kini ditahan polis bagi membantu siasatan.

Difahamkan pemandu treler didakwa terlelap sebelum melanggar Pajero milik kekasih mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This