Pengangguran turun ke paras terendah sejak pandemik COVID-19 pada Oktober lepas

Dari Penulis

PENGANGGURAN dalam negara turun ke paras terendah sejak pandemik COVID-19 dengan merekodkan 602,000 orang pada Oktober berbanding 605,000 orang pada September lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata kadar pengangguran pada Oktober pula kekal pada 3.6 peratus iaitu 0.3 peratus lebih tinggi berbanding paras prapandemik pada Feb 2020 sebanyak 3.3 peratus.

Beliau berkata bilangan tenaga buruh terus meningkat pada Oktober dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.68 juta orang berbanding September iaitu 16.66 juta orang manakala Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) kekal 69.7 peratus.

“Prestasi tenaga buruh yang optimistik pada Oktober 2022 mencerminkan asas ekonomi negara stabil, hasil daripada aktiviti ekonomi dan sosial berterusan.

“Ini ditambah dengan sokongan polisi berterusan bagi mengatasi kesan peningkatan kos sara hidup dan mengurangkan risiko negatif berkaitan dengan pergolakan geopolitik yang berlarutan dan mengukuhkan kedudukan kewangan luar,” katanya.

Mengenai kedudukan guna tenaga, Mohd Uzir berkata kategori pekerja menjadi komposisi terbesar daripada jumlah penduduk bekerja iaitu 75.9 peratus, dengan 12.20 juta orang direkodkan pada Oktober berbanding 12.18 juta orang bulan sebelumnya. 

Mengulas lanjut situasi pengangguran pada Oktober, beliau berkata bilangan penganggur aktif mencatatkan penurunan sebanyak 1.1 peratus kepada 491,300 orang berbanding 496,600 orang bulan sebelumnya manakala penganggur tidak aktif meningkat 2.1 peratus kepada 110,700 orang (September – 108,400).

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This