POLIS meminta mangsa yang terkesan dalam insiden pakaian dalam dicuri dipercayai berlaku di Projek Perumahan Rakyat Intan Baiduri, Kuala Lumpur, untuk tampil membuat laporan.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil semakan mendapati pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian.
“Mangsa diminta untuk membuat laporan bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi UtusanTV hari ini.
Baca artikel : Gagal bayar denda, warga emas cium pakaian dalam sambil beronani dipenjara sebulan
Sejak semalam, tular sebuah klip video memaparkan aksi seorang lelaki mencuri pakaian dalam yang dijemur di luar rumah.
Menerusi rakaman tersebut, suspek dilihat mencuri beberapa pakaian dalam sebelum bertindak melarikan diri.
Bagaimanapun, suspek kemudian dilihat datang kembali ke rumah mangsa dan mencuri beberapa pakaian dalam sebelum menghilangkan diri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

