SERAMAI empat Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang bertindak keluar parti perlu mengosongkan kerusi sekiranya tindakan itu diterima oleh pimpinan pusat.
Perkara itu dijelaskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan berkata, Pilihan Raya Kecil (PRN) mungkin perlu diadakan.
Katanya, tidak penting sama ada Ahli Parlimen terbabit bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau mewakili gabungan lain, kerana ia hanya relevan bila mana mereka meninggalkan parti.
Beliau turut menolak cadangan bahawa Bersatu Sabah adalah entiti berasingan daripada Bersatu Persekutuan kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak akan membenarkan permohonan sedemikian.
“Saya merangka undang-undang itu (anti-lompat parti) untuk melarang perkara seperti ini berlaku dan untuk mewujudkan kestabilan politik dalam negara,” katanya seperti dilaporkan portal FMT.
Mereka yang bertindak keluar parti adalah Ahli Parlimen Papar, Armizan Ali; Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi); Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).
Baca artikel lain: Pemimpin Bersatu Sabah buat keputusan keluar parti, kekal bawah GRS – Hajiji
Wan Junaidi berkata, peletakan jawatan empat Ahli Parlimen terbabit perlu diterima secara rasmi Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mengesahkan mereka telah keluar parti.
“Jika ya, mereka perlu mengosongkan kerusi dan pilihan raya kecil perlu diadakan,” katanya.
Mengikut Undang-Undang Anti-Lompat Parti yang dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen akan kehilangan kerusi jika mereka melompat ke parti lain.
Pengecualian untuk Ahli Parlimen yang dipecat parti atau jika parti mereka dibubarkan atau dibatalkan pendaftaran.
Wan Junaidi berkata, mengikut prosedur, Ahli Parlimen akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat berlaku kekosongan dan selepas pengesahan, beliau akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya kerusi itu diisi dalam masa 60 hari.
“Apabila Speaker mengesahkan fakta bahawa peletakan jawatan Ahli Parlimen itu diterima parti, mereka akan kehilangan kerusi mereka.
“Saya tidak pasti sama ada mahkamah akan mentafsirkannya dengan cara lain kerana ia jelas termaktub dalam undang-undang,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram