Bergelar RO di IPSC Handgun World Shoot 2022 impian jadi kenyataan Johari Awang Fadzin

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

USAHA tanpa rasa jemu Johari Awang Fadzin selama sembilan tahun dalam mempertingkatkan kualiti sebagai pegawai tapak tembak atau Range Officer (RO) membuahkan hasil, apabila dipilih mengadili IPSC Handgun World Shoot 2022.

Johari, 41, berkata, diberi peluang untuk mewakili negara sebagai RO dalam kejohanan level 5 seperti IPSC merupakan satu impian menjadi kenyataan.

Beliau yang mula berjinak dalam dunia RO sejak tahun 2013 berkata, ini merupakan kejohanan terbesar dalam kariernya kerana sebelum ini hanya mengadili sukan menembak untuk level 3 dan 4.

Lebih membanggakan, ujarnya, pada IPSC kali ini beliau dipilih sebagai Chief RO Stage 7 yang menyaksikan beberapa orang RO antaranya dari Singapura, Amerika Syarikat dan Thailand berada di bawah seliaannya.

“Kejohanan dunia pada kali ini merupakan kejohanan antarabangsa yang pertama, sebelum ini saya hanya (mengadili) level 4 dan 3.

“Perbezaan yang ketara adalah dari segi peserta, kali ini sebanyak 75 negara yang terbabit, sebelum ini untuk level 3 atau 4 lebih kurang 20 atau 30 negara.

“Banyak pengalaman-pengalaman baru, jumpa penembak-penembak dan juga pegawai. Ini sebenarnya salah satu impian sejak saya dinaikkan pangkat ke International RO,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Fitri Rahman akui IPSC Handgun World Shoot 2022 medan baiki diri

IPSC Handgun World Shoot 2022 yang disertai seramai 1,653 atlet dari 75 buah negara melabuhkan tirai pada 3 Disember lalu.

Malaysia menghantar 16 orang atlet pada kejohanan yang berlangsung di Nong Nooch Pattaya International Convention & Exhibition Center, Thailand itu.

Pada kejohanan ini juga, seramai 12 RO dari Malaysia dilantik dan diamanahkan sebagai pengadil.

Mereka merupakan antara 163 RO dari seluruh dunia yang dilantik dalam kejohanan tiga tahun sekali itu.

Bercakap tentang perancangan pada masa hadapan, Johari berhasrat untuk mempromosikan sukan menembak di Malaysia secara lebih meluas.

Beliau optimis sukan ini mampu pergi jauh selain mahu mencungkil bakat-bakat baharu yang mungkin boleh mengharumkan nama negara suatu hari ini.

“Sebenarnya kita looking forward untuk menaikkan taraf atau mempromosikan sukan ini di dalam negara, untuk kita memperkenalkan dengan lebih hebat sukan ini.

“Kemudiannya target kita untuk dari segi latihan untuk RO dan juga untuk kepada penembak-penembak Malaysia untuk menjadi lebih baik daripada sekarang,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada majikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana sentiasa memberi sokongan terhadap minatnya dalam sukan menembak.

Selain itu, Johari turut berterima kasih kepada rakan-rakan di International Range Officers Association (IROA) dan National Range Officers Institute (NROI) yang sentiasa memberi tunjuk ajar serta bimbingan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This