MN terima lebih 10,000 permohonan ahli baharu dalam beberapa jam

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN) mendakwa, menerima lebih 10,000 keahlian hanya selepas beberapa jam sahaja dibuka.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berasa terharu dengan sambutan yang diberikan kerana masih ada pihak yang sayangkan kepada permuafakatan.

“Subhanallah…Baru beberapa jam keahlian Muafakat Nasional dibuka, sudah lebih 10,000 permohonan keahlian diterima.

“Saya amat terharu betapa ramainya di luar sana anak bangsa yang prihatin terhadap agama, bangsa dan negara serta cintakan muafakat.

“Tiba tiba saya merasa suatu kekuatan baru untuk terus berjuang bersama mereka yang jujur dan ikhlas.

Baca artikel lain: KKM mula inisiatif pemberian tuala wanita percuma, tangani kemiskinan haid

“Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Permohonan ahli baharu MN telah dibuka Sabtu lalu dengan Annuar menjelaskan perkara itu sepatutnya dibuka minggu hadapan.

Namun begitu, katanya lagi, atas permintaan ramai ia dibuat lebih awal melalui laman web rasmi MN di https://muafakatnasional.org.my.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This