Presiden Timor-Leste adakan lawatan khas ke Malaysia

Dari Penulis

PRESIDEN Republik Demokratik Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta, tiba di Malaysia pada Isnin untuk mengadakan lawatan khas.

Sempena lawatan itu, Presiden Ramos-Horta akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengucapkan tahniah secara peribadi kepada beliau di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Menurut satu kenyataan Wisma Putra pada Isnin, kedua-dua pemimpin dijangka menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Timor Leste serta meneroka ruang kerjasama baharu.

Ramos-Horta juga dijadual untuk mengadakan kunjungan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa lawatan itu.

Baca artikel lain: Mangsa banjir di Perak dan Johor kekal, Pahang, Kelantan dan Terengganu meningkat

Malaysia dan Timor-Leste mengekalkan hubungan yang erat dan mesra, sejak sebelum kemerdekaan Timor-Leste pada 2002.

Malaysia merupakan negara pertama yang menubuhkan Pejabat Perhubungan di Dili pada 13 April 2001 dan negara pertama dalam kalangan negara-negara ASEAN yang menubuhkan Kedutaan di Dili pada 19 Mei 2002.

Malaysia aktif menyokong Timor-Leste dalam aspek pembangunan sosial, keselamatan dan ekonomi terutamanya dalam menyediakan kursus latihan pembinaan kapasiti untuk para pegawai Timor-Leste melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

Menurut kenyataan itu, dari Januari hingga Oktober 2022, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste berjumlah US$ 84.6 juta dengan nilai eksport berjumlah US$ 62.8 juta dan nilai import sebanyak US$ 21.8 juta.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This