INISIATIF pemberian tuala wanita secara percuma yang akan dimulakan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) mungkin nampak kecil tetapi boleh memberi impak yang besar untuk menangani isu kemiskinan haid, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata apatah lagi ia sangat bertepatan dengan kesihatan menstrual dan sistem reproduktif wanita.
“Saya mengambil maklum di atas kekeliruan dan berterima kasih atas pandangan orang ramai berhubung kenyataan saya yang menyentuh pemberian tuala wanita secara percuma di Ibu Pejabat KKM.
Baca artikel lain: KKM mula inisiatif pemberian tuala wanita percuma, tangani kemiskinan haid
“Saya ingin perjelaskan bahawa inisiatif yang hendak dimulakan di Ibu Pejabat KKM adalah bagi melihat aspek pengoperasian serta maklum balas segera,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata sekiranya berjaya pemberian itu boleh diperluaskan ke fasiliti kesihatan yang strategik dan melibatkan orang awam.
Semalam, Dr Zaliha memaklumkan KKM bakal memulakan inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma bagi menangani isu kemiskinan haid di negara ini dan sebagai permulaan, ia akan mula dilaksanakan di Pejabat Menteri di Bangunan KKM dalam masa terdekat.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

