Projek tebatan banjir dilaksana sehingga 2100 – Zahid

Dari Penulis

KERAJAAN akan terus melaksanakan projek tebatan banjir bagi menangani masalah bah di negara ini dalam tempoh jangka panjang sehingga tahun 2100.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perancangan yang mengambil masa selama 78 tahun itu akan dilakukan secara berfasa.

“Projek tebatan banjir ini akan dilakukan secara berfasa di kawasan yang sering mengalami banjir dan limpahan hujan dan projek ini membabitkan peruntukan yang besar,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan menziarahi mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Tok Deh, Pasir Mas hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Baca artikel berkaitan: Kerjasama kian erat, Zahid jamin bantu mangsa banjir, Young Syefura ucap terima kasih

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata antara pelan yang akan dilaksanakan termasuk menggali kuala atau muara sungai bagi mendalamkan kawasan sungai bagi memudahkan aliran air bergerak ke laut.

“Terdapat juga longgokan pasir di muara sungai yang menyebabkan aliran air tersekat sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

“Oleh itu, apabila kita melakukan proses menggali pasir ini, ia boleh melebarkan sungai sekali gus dapat menyelesaikan masalah aliran air di kawasan yang terjejas banjir kerana keutamaan akan dilakukan di kawasan berlaku limpahan air atau banjir,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This