Kerjasama kian erat, Zahid jamin bantu mangsa banjir, Young Syefura ucap terima kasih

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WALAUPUN sebelum ini pernah ‘bersengketa’, namun kerjasama antara DAP dan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin erat.

Situasi tersebut terbukti apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan membantu mangsa banjir di Felda Sungai Kemahal di Bentong, Pahang.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi ruangan komen di Facebook Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, hari ini.

Young Syefura sebelum itu memuat naik hantaran dan gambar mengenai situasi terkini banjir kilat di Felda Sungai Kemahal.

Kata Young Syefura atau Rara dalam hantaran berkenaan, lebih 90 buah rumah dilaporkan menjadi mangsa banjir buat ketika ini.

Menurut beliau, jumlah rumah dan mangsa mungkin akan meningkat kerana bancian masih lagi dijalankan oleh pihak Felda.

“Saya telah meninjau keadaan di Felda Sungai Kemahal pagi ini. Sebanyak 90 lebih buah rumah dilaporkan buat masa kini yang menjadi mangsa banjir.

“Pengurus Felda Sungai Kemahal, Encik Fazeli memaklumkan kepada saya jumlah rumah dan mangsa mungkin akan meningkat kerana bancian masih lagi dijalankan oleh pihak Felda. Kebanyakan mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: Mahathir hairan Anwar lantik Zahid, dakwa tak berpegang kedaulatan undang-undang

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kemudiannya memaklumkan dalam ruangan komen bahawa beliau telah menerima maklumat berhubung situasi tersebut.

Beliau juga memaklumkan akan mengambil tindakan segera untuk membantu mangsa banjir dan membaiki kerosakan akibat bencana itu.

Rara dalam ciapan di Twitter turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahmad Zahid.

“Terima kasih di atas respons yang pantas DS Zahid. Kami menunggu bantuan dan kehadiran DS,” kata beliau.

Ciapan itu kemudian dibalas Ahmad Zahid yang berkata:”Insya-Allah. Sama-sama bantu rakyat yang memerlukan bantuan,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This