MN tak sertai parti politik, bergerak sebagai NGO

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MUAFAKAT Nasional (MN) tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik buat masa sekarang dan akan kekal berfungsi sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa berkata, NGO yang sudah menerima keahlian baharu lebih daripada 20,000 orang itu akan memainkan peranan menyatupadukan rakyat Malaysia melalui tiga prinsip.

Beliau menjelaskan, tiga prinsip itu merangkumi aspek kasih sayang, perpaduan dan saling menghormati.

“Kita setuju dan sepakat Muafakat Nasional bukan parti politik, kita kekal sebagai suatu NGO. MN terbuka kepada semua ahli parti dan bukan ahli parti.

“Kalau kita rasakan kita nak bertanggungjawab membangunkan negara kita harus menanam nilai-nilai ini dengan cara yang teratur. Di sinilah kita merasakan Muafakat Nasional boleh memainkan peranan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Baca artikel lain: UMNO tak minat lagi pemilihan parti, dengar satu aliran suara saja – Annuar Musa

Annuar menambah, setakat ini MN memiliki Ahli Dewan Tertinggi yang terdiri dalam kalangan golongan profesional, tokoh perundangan, selebriti serta bekas pemimpin politik.

Antaranya bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar; Pakar Perlembagaan, Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia v(Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Turut serta adalah penyanyi, Datuk Jamal Abdillah selain pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera Nurhidayah Zainul Abidin.

“Harus ada usaha tersusun untuk melatih rakyat, terutama generasi muda, supaya dapat memahami yang mana jika rasa bertanggungjawab mahu membangunkan negara, kita menanam nilai ini dengan cara teratur.

“Kita tidak akan menjadi satu badan yang glamor, kaya-raya, kuat dan mengancam sesiapa. Kita mahu mengambil pendekatan positif dan konstruktif,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tarikh penting PRN Johor, Negeri Sembilan diketahui hari ini

TARIKH-TARIKH penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan diketahui hari ini. Ia akan diumumkan...

More Articles Like This