MURAL, lukisan yang sering menghiasi permukaan luas dinding. Ia juga menjadi salah satu daya penarik kepada orang awam apabila melalui kawasan yang dihiasi mural tersebut. Setiap seni mural yang dipaparkan itu biasanya ada jalan cerita tersendiri, mengikut kreativiti individu yang menghasilkannya.
Tahukah anda siapa pelukis mural terkenal di dunia? Jika anda seorang penggemar lukisan, pasti anda mengenali nama Diego Rivera, salah seorang pelukis mural terkenal dunia.
Diego dilahirkan pada 8 Disember 1886 di Mexico. Minatnya terhadap seni lukis bermula ketika dia berusia 10 tahun. Bakatnya turut disedari oleh kedua orang tuanya yang membiarkan sebuah bilik khas untuk diconteng oleh Diego. Di bilik itulah wujudnya ‘mural’ pertama hasil tangan Diego.

Pada tahun 1897, Diego melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Halus San Carlos di Amerika yang menjadi landasan untuk mengasah bakatnya. Andrés RÃos Félix Para, Santiago Rebull dan José MarÃa Velasco antara guru yang banyak mengajar Diego tentang ilmu seni.
Karya pelukis José Guadalupe Posada yang menghasilkan ukiran logam berunsurkan kehidupan seharian masyarakat Mexico turut memberi idea baru kepada Diego. Bagaimanapun, menurut Encyclopedia of World Biography, pada tahun 1902, Diego telah disingkirkan daripada akademi kerana mengetuai protes pelajar yang membantah pemilihan Porfirio DÃaz (1830-1915) sebagai Presiden Mexico. Pemerintahan DÃaz telah menegaskan hukuman penjara atau mati terhadap individu yang tidak bersetuju dengan polisi kerajaan yang ditetapkan ketika itu.Â
Selepas disingkirkan dari kolej, Diego membuat keputusan untuk kembali ke Mexico. Namun, dia masih berhasrat untuk menyambung semula pengajian yang tertunda di Eropah. Harapan tersebut akhirnya menjadi realiti apabila dia menerima tajaan daripada Teodoro A. Dehesa Mendez, Gabenor Negeri Veracruz.
Selepas selesai pengajian, Diego berhijrah ke Madrid, Sepanyol dan berkhidmat di Studio Eduardo Chicharro pada tahun 1907. Pada tahun 1909, Diego mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain iaitu Paris. Disebabkan ramai pelukis berbakat di sini, Diego mengambil peluang untuk bekerja dengan mereka di samping mengumpul ilmu untuk dirinya sendiri.
Mereka yang ditemui oleh Diego untuk bekerja dan mengasah bakat adalah Paul Cézanne (1839-1906), Paul Gauguin (1848-1903), Georges Seurat (1859-1891), Henri Matisse (1869-1954), Raoul Dufy (1877-1953), dan Amedeo Modigliani (1884-1920).

Diego mula mengenengahkan bakatnya dengan melakukan cubaan melukis mural pertama pada tahun 1921. Karya yang dilakukan pada permukaan dinding BolÃvar Amphitheater di Universiti Mexico itu berjaya disiapkan pada tahun 1922. Karya sulung miliknya dihasilkan melalui kaedah ‘enkaustik’. Teknik ini merupakan proses campuran warna dengan lilin panas sebelum digunakan. Menariknya, lukisan yang bertajuk ‘Creation‘ itu disebut sebagai mural penting pertama pada abad ke-20.
Selain itu, Diego juga berjaya menghasilkan fresko beberapa buah bangunan besar. Fresko bermaksud lukisan yang dihasilkan dengan cara mengecat, di atas lapisan kapur yang masih basah pada permukaan lukisan. Bangunan Kementerian Pendidikan di bandar Mexico dan Auditorium Sekolah Kebangsaan Agrikultur Chapingo antara latar penghasilan fresko milik Diego.

Sejak itu, hasil seninya mula mendapat perhatian. Ini juga disebabkan oleh Diego sentiasa menghasilkan lukisan kreatif berunsurkan sejarah, sosial, politik dan kehidupan masyarakat Mexico. Lebih menarik, dia turut menerima tawaran daripada pihak lain yang berminat dengan lukisan mural yang dihasilkan.
Pada tahun 1929, Diego berkahwin dengan Frida Kahlo, seorang gadis yang merupakan juniornya dalam bidang sama. Mereka berhijrah ke Amerika Syarikat bagi menghasilkan lebih banyak hasil karya sehingga tahun 1933. Kemudian, kembali semula ke Mexico untuk menyambung kegiatan seninya.
Kegembiraan Digo tidak lama berikutan kematian Kahlo. Namun, selang beberapa tahun, Diego berkahwin dengan wanita lain bernama Emma Hurtado.
Bagaimanapun, ketika itu Diego disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru. Diego meninggal dunia pada tahun 1957 di usia 70 tahun akibat kegagalan fungsi hati.
Meskipun jasadnya telah tiada, nama dan sumbangannya dalam dunia lukisan masih disebut dan diingati sehingga kini. Lebih-lebih lagi, dalam kalangan masyarakat Mexico sebagai antara pelukis mural terkenal di dunia.



____
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

