PBT diminta pantau tapak peranginan elak tragedi tanah runtuh berulang – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

BAGI mengelak tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, daripada berulang pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah untuk memantau situasi di tapak-tapak peranginan.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengarahkan PBT untuk mempertingkatkan aspek keselamatan di kawasan terbabit.

“Pihak berkuasa tempatan diarah untuk memantau dan mempertingkatkan keselamatan di tapak-tapak peranginan di negeri masing-masing,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sesi usul Perdana Menteri di Parlimen berhubung penerangan insiden tanah runtuh Father’s Organic Farm.

Pada masa sama, Perdana Menteri sekali lagi merakamkan ucapan takziah berhubung insiden tanah runtuh tersebut dan kerajaan akan menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa.

“Dewan ini amat terkesan dan sedih dengan kejadian yang melibatkan seramai 94 mangsa yang terdiri daripada warganegara kita termasuk kanak-kanak dan warga asing.

Baca artikel lain: Baru hari pertama, Dewan Rakyat kecoh Shahidan pertikai usul undi percaya

“Sehingga kini, seramai 61 mangsa telah berjaya ditemui dan sebanyak 24 mangsa telah dijumpai meninggal dunia di tempat kejadian, manakala sembilan lagi masih tidak dijumpai.

“Kerajaan juga telah umumkan bantuan segera kepada mangsa iaitu sebanyak RM1,000 kepada semua mangsa yang terselamat dan RM10,000 kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia,” katanya lagi.

Anwar menambah, berdasarkan maklumat seramai 700 anggota daripada 16 agensi kerajaan Persekutuan dan negeri terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya, ini termasuklah pasukan pengurusan lain di tempat kejadian sebaik sahaja Pos Kawalan Tempat Kejadian dibuka hingga ke hari ini.

“Dewan ini ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penyelamat di Ground Zero

“Sembah takzim Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang berkenan berangkat meninjau pusat operasi.

“Begitu juga dengan rakan-rakan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dan semua yang telah turun padang memberikan
khidmat kepada seluruh operasi,” katanya.

Beliau turut memberitahu berkenaan makluman Jabatan Metereologi Malaysia mengenai Monsun Timur Laut dan hujan berterusan dijangka akan berlaku di pantai timur semenanjung dan timur Sabah bermula 17 Disember lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This