Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

MASIH banyak perkara perlu dilakukan oleh UMNO untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadapnya selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Oleh yang demikian parti keramat Melayu itu tidak lagi boleh melakukan kesilapan atau tersalah langkah lagi pada masa akan datang.

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan pilihan raya lalu wajar diinsafi dan menyedarkan ramai pihak berhubung perkara ini.

“Sukar memang sukar, jalan ke depan ini takkan senang, PRU-15 BN kalah teruk hanya dapat 30 kerusi.

“Satu keputusan yang patut menginsafkan dan menyedarkan kita semua khususnya warga UMNO dan BN. Sesungguhnya kita perlu lakukan penambahbaikan.

“Banyak sangat kerja kena buat kalau nak pulihkan semula keyakinan rakyat, kita tak boleh salah langkah lagi,” katanya dalam rakaman video di laman Twitternya, semalam.

Baca artikel lain: DAP kini tidak perlu lagi bersuara, mereka sudah ada ‘bala tentera Melayu’ tidak bermaruah – Hadi

Beliau pada masa sama menolak dakwaan bahawa akan meninggalkan UMNO sebaliknya bertekad untuk kekal setia bersama parti itu buat selama-lamanya.

Malah, beliau juga berjanji untuk menggunakan masa yang ada bagi memperbaiki parti demi masa depan lebih baik.

“Saya tetap UMNO dulu, kini, selamanya. Saya takkan ke mana, yang cakap-cakap di luar sana hanyalah usaha untuk memburukkan dan menidakkan saya.

“Memandangkan sekarang ada sedikit lebihan masa tidaklah sesibuk sebelum ini. Insya-Allah masa yang ada ini saya akan gunakan sebaik mungkin demi kelangsungan dan masa depan parti.

“Buat ahli-ahli parti di akar umbi, nasihat saya ialah untuk bulatkan tekad rapatkan barisan dan sama-sama kita lihat ke hadapan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram