Bakal berkahwin, Reen Rahim tak risau ‘saham’ jatuh

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BAKAL menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, pelakon Reen Rahim tidak gusar jika popularitinya akan menurun selepas bergelar isteri.

Ujar Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim,34, dia meletakkan soal rezeki kepada Allah untuk menentukan jalan hidupnya dalam industri seni.

“Sebelum ini pun perjalanan saya dalam industri bermula perlahan…tak terus memuncak.

“Saya tak ada isu atau nak rasa takut saham akan jatuh lepas berkahwin. Seandainya bukan rezeki saya lagi dalam industri, mungkin rezeki saya ada dekat tempat lain yang Allah dah sediakan.

“Kalau pun karier seni saya selepas ini agak perlahan, itu mungkin disebabkan faktor umur bukan disebabkan status saya yang dah bergelar isteri nanti,” katanya kepada URTV.

Sementara itu, Reen bersyukur bakal suaminya yang dikenali sebagai Mr. H amat memahami tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

Malah, tunangnya itu tidak pernah meletakkan sebarang syarat sekiranya dia ingin terus berlakon.

“Saya sendiri yang letak had tanpa perlu ada siapa yang beritahu saya walaupun bakal suami tak ada letak syarat.

“Selama ini memang saya jaga bab berlakon bersentuhan dengan pelakon lelaki. Tak kan lah lepas kahwin saya langgar apa yang saya pertahankan sebelum ini,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This