Zahid tegur pemimpin bercuti ketika banjir melanda

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegur secara halus tindakan pemimpin-pemimpin yang bercuti ke luar negara ketika rakyat menghadapi musibah banjir yang teruk.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, keprihatinan rakyat pemimpin sememangnya dituntut dan dinilai rakyat ketika mana musibah melanda.

“Banjir boleh dijangka khususnya pada musim tengkujuh di pantai timur kerana perubahan monsun yang melibatkan faktor semula jadi dan geografi.

“Maka mana-mana pihak perlu lebih bersedia menghadapinya. Bercuti ke luar negara misalnya bukanlah keputusn terbaik ketika rakyat yang memilihnya dahulu ditimpa musibah,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Baca lagi: Perhimpuan Agung: UMNO terima apa saja usul untuk perkukuh parti – Ahmad Zahid

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, banjir yang melanda di beberapa negeri ketika ini juga berlaku disebabkan beberapa faktor seperti angkara kerakusan manusia.

Jelas beliau, hal itu boleh dilihat apabila terdapat beberapa kawasan yang tidak pernah dilanda banjir kini turut dilanda banjir besar.

“Kerakusan pembalakan haram dan penerokaan hutan secara tidak terkawal mengakibatkan ekosistem terjejas teruk.
Kawasan tadahan hujan hilang fungsi.

“Kesemua ini menuntut kesedaran bersama untuk menstabilkan kembali ekosistem alam ini,” ujar beliau.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, banjir besar akan mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan hasil tanaman dan ternakan, kerosakan harta benda serta boleh memusnahkan kemudahan infrastruktur yang ada.

Jelas Presiden UMNO itu, perkara tersebut menyebabkan indeks kebahagiaan hidup merudum dan kesejahteraan hidup terjejas.

“Pada 2021, Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan jumlah kerugian akibat banjir di seluruh negara bernilai RM6. 1 bilion yang meliputi kerosakan tempat kediaman, kenderaan, premis perniagaan dan infrastruktur.

“Kerugian besar tersebut tidak termasuk perbelanjaan besar dilakukan untuk bantuan pengurusan banjir besar, membaiki infrastruktur yang rosak teruk, menyediakan tempat perpindahan banjir dan pelbagai lagi untuk memastikan rakyat dapat dilindungi lebih baik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ekonomi negara berkembang positif kesan pelaksanaan reformasi Kerajaan MADANI – PM

MESKIPUN dunia ketika ini berdepan dengan ketidaktentuan namun perkembangan ekonomi negara menunjukkan petanda yang positif. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

More Articles Like This