Perhimpuan Agung: UMNO terima apa saja usul untuk perkukuh parti – Ahmad Zahid

Dari Penulis

UMNO akan menerima apa sahaja usul untuk dibawa ke Perhimpunan Agung yang akan datang selagi mana ia dapat memperkukuhkan parti, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata ini memandangkan keutamaan parti sekarang adalah untuk merapatkan saf dalam kalangan pemimpin dan parti setelah “terpukul dengan kuatnya” pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mahu usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, agar dibawa ke Perhimpunan Agung akan datang. 

Ditanya sama ada UMNO akan mempertimbangkan cadangan usul dikemukakan Jamal tersebut, Ahmad Zahid  berkata “Tidak, kita akan mengkaji semua aspek sebab yang penting adalah bagi kita merapatkan saf kepimpinan,” katanya selepas menghadiri Majlis Ulang Tahun ke-10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia di Kuala Lumpur malam ini.

Perhimpunan Agung UMNO yang asalnya dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember ini, ditangguhkan ke 11 hingga 14 Januari tahun depan. 

BERITA BERKAITAN UMNO nafi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak dipertandingkan

Sementara itu, Ahmad Zahid mendakwa matlamat penubuhan Bersatu adalah untuk melenyapkan UMNO. 

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata perkara itu harus menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat khususnya akar umbi parti bahawa tujuan halus mereka mesti ditolak oleh keseluruhan ahli UMNO.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata lebih banyak usaha dan inisiatif akan diwujudkan kerajaan bagi membantu usahawan muda termasuk golongan wanita dalam memperbanyak pinjaman untuk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME). 

Katanya walaupun kekangan ekonomi sedang melanda negara ketika ini, matlamat berkenaan tidak pernah dipinggirkan untuk memberikan peluang kepada anak muda bagi menceburkan diri dalam keusahawanan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Tidak lekang di bibir kebergantungan mutlak kepada Allah’ – Asyraf Wajdi

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai pemimpin muda...

More Articles Like This