
SEORANG anggota mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali dilaporkan pengsan dipercayai akibat keletihan.
Memetik laporan Astro Awani, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia itu dipercayai keletihan semasa operasi SAR yang memasuki hari kesembilan, hari ini.
Anggota APM Sabak Bernam itu dilaporkan telah dibawa ke Hospital Selayang kira-kira pukul 2 petang tadi bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Pencarian mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki insiden tanah runtuh itu diteruskan buat hari kesembilan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Pencarian mangsa terakhir diteruskan hari ini
Operasi SAR itu bersambung semula kira-kira pukul 8 pagi tadi.
Proses mencari melibatkan 80 keanggotaan terdiri daripada 50 pasukan SAR daripada pelbagai agensi; 10 ekor anjing unit pengesan (K9); serta sembilan buah jengkaut.
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.42 pagi 16 Disember lalu itu setakat ini menyaksikan 61 terselamat, 30 nyawa terkorban manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa dilaporkan terlibat.
Identiti kesemua 30 mangsa yang ditemukan meninggal dunia itu telah dikenal pasti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram