Budak tular makan aiskrim cicak dilapor berlaku di Indonesia

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak perempuan yang tular sejak semalam selepas makan aiskrim kon cicak sambil merakam diri dilapor berlaku di Indonesia.

Rakaman itu mula tular selepas dikongsi akaun Twitter @AsyarafRosli_ berkapsyen “wehhh trauma! KitKat bertukar jadi cicak”.

Bagaimanapun, hasil carian UtusanTV mendapati kejadian itu mula dilaporkan oleh media-media di Indonesia sejak awal Oktober lalu.

Ia pertama kali dimuat naik menerusi akaun Instagram ota_lapau pada 30 September lalu.

Hantaran itu mendapat lebih 435,000 tanda suka termasuk daripada penyanyi, Naim Daniel.

Menerusi rakaman klip video tular itu, kanak-kanak terbabit dilihat merakamkan dirinya sedang menjamah ais krim berperisa coklat sehingga tidak menyedari terdapat seekor cicak telah terjatuh ke atas makanan itu.

Malah kanak-kanak tersebut sempat mengigit badan cicak sebelum mula menyedari lantas meluahkannya.

Baca artikel : Polis sahkan remaja perempuan hilang di Sepang

Rata-rata warganet di ruangan komen meluahkan rasa trauma akan kejadian ngeri yang dialami oleh kanak-kanak tersebut.

“Keliatannya adeknya tidak akan membeli es krim sampai kapan pun,” kata vanno7722.

“Gue yang trauma,” tulis indahjiwandono.

“Langsung tidak makan ice cream bertahun-tahun,” ujar rizalmahesa2401.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This