DUA lelaki warga Myanmar ditahan polis selepas bertindak memecah masuk sebuah kedai di Jalan 6/5 Taman Komersial Pandan Indah, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dalam kejadian pukul 9 pagi itu, pengadu mendapati pintu masuk kedai dalam keadaan terbuka dan mangga pintu telah dipotong.
Beliau berkata, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup mendapati suspek telah memecah masuk kedai dan mengakibatkan kerugian sebanyak RM10,000.
“Pada pukul 11.40 pagi hari Jumaat dan 1.20 pagi semalam, kedua-dua suspek berusia 20 dan 22 tahun berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata, semakan mendapati suspek pertama tidak mempunyai sebarang rekod jenayah manakala suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah.
Katanya, hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah Amphetamine.
“Polis turut merampas kompuer riba, peti simpanan duit, spanar, pelbagai telefon bimbit, jam tangan berjenama dan alat kawalan jauh kereta mainan,” ujarnya.
Tambahnya, modus operandi suspek ialah menyasarkan premis kedai dan siasatan mendapati suspek turut terlibat dalam dua kes pecah kedai di Ampang.
Sehubungan itu, suspek kini direman sehingga Sabtu dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

