Tak adil guna rakyat sebagai ‘alat’ kawal harga makanan

Dari Penulis

SARANAN agar rakyat mengambil inisiatif untuk mengurangkan permintaan bahan makanan seperti ayam dan telur bagi mengurangkan harga barangan tersebut dilihat sukar untuk dilakukan rakyat berpendapatan rendah.

Pengarah Minda, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, hal itu kerana rakyat yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah tidak mempunyai banyak pilihan bagi menggantikan telur dan ayam.

Menurut beliau, tidak adil untuk kerajaan meletakkan bebanan kepada rakyat untuk mengawal harga barang makanan khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

“Ayam dan telur ini walaupun tidak sama dengan beras makanan ruji, tetapi kalau kita lihat di Malaysia, kedua-duanya merupakan menu penting dalam kehidupan harian.

“Semasa pandemik Covid-19 dahulu, permintaaan paling tinggi adalah telur ayam. Dalam konteks ini, persoalan pertama yang timbul, apabila permintaan kedua-dua telur dan ayam dikurangkan, adakah kita mempunyai gantian yang sesuai yang boleh dicapai buat rakyat?,” katanya.

Baca lagi: Malaysia import telur ayam dari India melalui laluan udara, atasi masalah bekalan

Mengulas lanjut, Noor Azlan berkata, dengan kadar pengeluaran kendiri pengeluaran ayam dan telur ayam mencecah 104 peratus dan 115 peratus, jelas menunjukkan kenaikan harga tersebut berpunca daripada bekalan.

“Bekalan kurang disebabkan oleh pengurangan pengeluaran oleh pengeluar tempatan atau pun bekalan dieksport ke pasaran yang lebih menguntungkan.

“Mengharapkan penurunan permintaan sebagai penyelesaian kepada kenaikan harga adalah tidak betul.

“Keanjalan permintaan merujuk kepada respon permintaan terhadap kenaikan harga. Umumnya kenaikan harga menyebabkan permintaan menurun. Sekiranya kadar penurunan permintaan lebih besar daripada kadar kenaikan harga, permintaan dianggap anjal.

“Keanjalan tertakluk kepada beberapa faktor penentu utama, antaranya status produk, keupayaan beralih kepada produk lain, tahap pendapatan dan kesegeraan keperluan produk berkenaan,” jelasnya.

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam sidang media menyebut mengenai keperluan untuk menangani isu permintaan dan penawaran bagi menjadikan harga barangan lebih anjal.

Bagaimanapun, ramai memberi respon negatif terhadap kenyataan Rafizi dengan mendakwa cadangan itu tidak relevan dan sekadar ‘kerja mudah’ tanpa memikirkan penyelesaian yang lebih proaktif.

Rafizi kemudian menafikan yang beliau memberi cadangan kepada orang ramai supaya berhenti makan ayam bagi mengurangkan kenaikan harga bahan makanan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This