Lebih 7,000 mangsa banjir berlindung di PPS pagi ini

Dari Penulis

SEBANYAK 7,054 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan Kelantan, Terengganu, Perak dan Sabah, setakat 8 pagi ini.

Selain itu, hampir 1,500 penduduk di pesisir pantai di Sabah terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan ke PPS setakat ini, berikutan fenomena air pasang besar.

Di KELANTAN, sebanyak 5,411 orang daripada 1,787 keluarga masih berada di PPS pagi ini berbanding 5,585 orang daripada 1,835 keluarga malam tadi.

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Kapten (PA) Mohd Hanif Omar memaklumkan kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di 18 PPS melibatkan Jajahan Pasir Mas dan Tumpat.

“Seramai 4,229 orang daripada 1,399 keluarga ditempatkan di 12 PPS di Pasir Mas manakala 1,182 orang daripada 388 keluarga berada di enam PPS di Tumpat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: Malaysia rugi RM7.4 bilion akibat banjir dari 2017 hingga 2021

Di TERENGGANU, situasi banjir pagi ini semakin baik dengan jumlah mangsa yang masih berada di PPS telah berkurangan kepada 1,438 orang berbanding 1,628 orang, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat ini, 12 PPS masih beroperasi di empat daerah iaitu di Kuala Nerus yang menempatkan 1,090 mangsa; Besut (183); Kuala Terengganu (89) dan Marang (76).

Di PERAK, Sekretariat JPBN memaklumkan bilangan mangsa banjir di negeri berkenaan setakat 8 pagi ini sama seperti malam tadi dengan 62 orang daripada 14 keluarga masih berlindung di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) di Daerah Hilir Perak.

Di SABAH, mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud kekal 143 orang daripada 58 keluarga pagi ini, dengan 62 orang daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan manakala selebihnya berada di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.

Sementara itu, jumlah penduduk di pesisir pantai negeri berkenaan terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan ke PPS akibat fenomena air pasang besar meningkat kepada 1,483 orang daripada 308 keluarga pagi ini berbanding 1,288 orang daripada 267 keluarga malam tadi.

Seramai 684 orang daripada 122 keluarga dipindahkan di sebuah PPS di Sandakan, 54 orang daripada 15 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Kota Kinabalu manakala 745 orang daripada 171 keluarga dipindahkan ke enam PPS di Pitas.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This