Pemandu Axia langgar lampu merah nyaris maut

Dari Penulis

SEORANG pemandu nyaris maut apabila kereta yang dinaiki terbakar selepas dirempuh sebuah BMW.

Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong, Seremban, 10.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kemalangan berlaku semasa mangsa berusia 45 tahun memandu sendirian menuju ke arah Hotel Time.

Beliau berkata, mangsa telah bertindak mengabaikan lampu isyarat merah lalu membelok ke kanan untuk masuk ke simpang.

“Sebuah kereta jenis BMW 320i yang dipandu lelaki berusia 40 tahun datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kiri Axia tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Lelaki parah dirempuh kereta selepas langgar lampu merah

Akibat kemalangan tersebut, Perodua Axia telah berpusing lalu terbabas ke tembok tengah pembahagi jalan dan melanggar sebatang tiang lampu isyarat.

“Perodua Axia terbakar sepenuhnya akibat kemalangan tersebut dan tiada kecederaan yang dialami oleh kedua-dua mangsa,” ujarnya.

Tambahnya, Perodua Axia telah dipadamkan oleh pihak bomba dan kes kini disiasat dibawah Rule 17 LN 167/59.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This