Liza Hanim mohon Sejuta Maaf – “kita perlu buang ego kerana sifat ego adalah punca keretakan hubungan kita sesama manusia…”

Dari Penulis

PENYANYI Liza Hanim kini kembali menggegarkan semula industri muzik tanah air dengan single terbaharu berjudul Sejuta Maaf. Lagu ini menceritakan tentang luahan suara hati seseorang yang ingin memohon berjuta kemaafan namun berhadapan dengan pelbagai halangan sehingga menyebabkan hasratnya terkubur.

Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim adalah antara penyanyi terbaik Malaysia yang menguasai industri muzik di era 2000-an, seiring dengan vokalis ternama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar.

“Saya suka dengan lirik yang dihasilkan oleh Sirkhan kerana lirik ini sangat menyentuh jiwa dan ia menceritakan bagaimana menjaga hubungan supaya kekal dan tidak berhadapan dengan masalah.

“Dalam mana-mana hubungan, kunci utama untuk terus kekal dan mempunyai persefahaman iaitu menjaga komunikasi dengan baik untuk mengelak perselisihan faham.

“Selain daripada kita perlu buang ego kerana sifat ego adalah punca keretakan hubungan kita sesama manusia terutamanya orang tersayang.

“Saya berharap agar pendengar semua dapat memahami maksud tersirat melalui lagu Sejuta Maaf.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua terutama peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dari awal menjejaki karier industri seni muzik ini sehingga kini,” katanya.

Sejuta Maaf merupakan hasil garapan dan karya komposer Sirkhan serta Rinkarnaen.

“Lagu Sejuta Maaf mengisahkan tentang kasih dan perjuangan hati orang yang berjauhan dek kerana perselisihan faham yang timbul akibat ego yang tinggi dan pertembungan pendapat yang berbeza.

“Lagu ini boleh dimanifestasi sebagai permohonan maaf secara tidak langsung atau suara hati orang yang ingin menerima maaf tetapi terhalang. Idea ini tercetus daripada kisah benar rakan yang terpisah jauh daripada keluarganya hampir berbelas tahun kerana fitnah dan ego yang telah membataskan.

“Liza Hanim merupakan penyanyi kegemaran kerana kekuatan dan kemerduan tona suara dan vocal styling, sesuai dengan lagu-lagu balada Melayu ciptaan saya sebelum ini.

“Lagu Sejuta Maaf juga telah menjadi runut bunyi untuk drama bersiri TV3, Hati Tanpa Rasa yang dilakonkan oleh Redza Rosli dan Scha Elinnea,” ujar Sirkhan.

Muzik Video Sejuta Maaf boleh ditonton di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talents. Lagu ini adalah edaran bersama Alternate Records Sdn Bhd dan Aci Aci Buka Pintu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This