Pekerja kilang cedera bas langgar tembok surau

Dari Penulis

SEORANG pekerja kilang cedera selepas bas yang dinaiki melanggar tembok Surau An Nur Ramadhan di Sungai Merab pada 5.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan berlaku sewaktu pemandu bas, G. Gopi Krishnan, 34, dalam perjalanan menghantar 12 pekerja warga Nepal dan Myanmar ke sebuah kilang di Bangi.

Beliau berkata, semasa pemandu bas melalui Jalan Sungai Merab yang agak curam, tiba-tiba brek bas dipercayai tidak berfungsi dengan baik.

Baca artikel : Pelakon sambilan pandu Myvi secara melulu sampai kekasih tercampak ditahan polis

“Ia menyebabkan pemandu bas gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar tembok surau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pekerja kilang yang mengalami kecederaan telah menerima rawatan di Hospital Kajang dan bas terbabit ditahan bagi pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This