KKM perkukuh inisiatif diambil HTAR – Dr Zaliha

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan memperkukuhkan inisiatif yang telah pun diambil Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Perkara itu ditegaskan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Ia susulan tinjauan mengejut dilakukan Zaliha ke Jabatan Kecemasan HTAR, semalam.

Menurut Zaliha, beliau akan memperkukuhkan inisiatif yang telah diambil di hospital tersebut dan akan melihat sama ada boleh digunakan di jabatan kecemasan lain.

“Saya ingin mendengar maklum balas pesakit tentang perkhidmatan di HTAR termasuk isu waktu menunggu yang lama di jabatan kecemasan.

“Rata-rata pesakit yang ditemui memberitahu perlu ada penambahbaikan waktu menunggu.

“Ketika sesi lawatan mengejut itu juga, saya turut mendengar cadangan daripada petugas-petugas kesihatan Jabatan Kecemasan HTAR bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan dan menzahirkan keprihatinannya terhadap isu yang dibangkitkan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: KKM teliti semula Dasar Generasi Penamat – Dr Zaliha

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, antara inisiatif HTAR ialah menyediakan wad bagi pesakit stabil yang dijangka pulang selepas dua atau tiga hari (short stay wad).

Selain itu, katanya, inisiatif dilaksana di hospital itu adalah menggunakan teknologi digital bagi menguruskan penggunaan katil serta berkomunikasi antara kakitangan hospital dan kakitangan di klinik kesihatan.

“Segala maklum balas yang diterima telah dibawa ke mesyuarat bersama pasukan di KKM bagi menambah baik masa menunggu di jabatan kecemasan,” jelas beliau.

Terdahulu, media melaporkan Zaliha membuat lawatan mengejut ke HTAR, malam tadi.

Kehadiran beliau sempat dirakam orang awam yang berada di situ dan dikongsikan di laman media sosial.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This