SEORANG pemuda berusia 19 tahun tergamak merogol ibu dan adiknya sendiri gara-gara tidak dapat duit yang diminta.
Memetik laporan Detik.com, kejadian dilapor berlaku di Lampung Selatan, Indonesia pada Isnin lalu.

Suspek yang dikenali sebagai ST kini ditahan polis selepas perbuatan kejinya terbongkar.
Suspek bukan sahaja merogol, malah turut mengugut akan bunuh ibunya jika memberitahu perkara tersebut.
Ibu suspek berusia 37 tahun, manakala adiknya pula berumur tujuh tahun.
“Iya saya ancam bunuh, tetapi tidak saya lakukan.
“Saya cuma ancam sahaja, takut-takutkan,” ujar suspek.
Baca artikel : Bapa durjana rogol dua anak dipenjara 428 tahun, 240 sebatan
Menurut suspek, dia melakukan perbuatan terkutuk itu ketika ayahnya berada di rumah isteri pertama.
Ketua Polis Katibung, Asisten Komisioner Aos Kusni Palah berkata, suspek akan mengugut ibunya sewaktu bertengkar berkaitan duit.
Sebelum itu, media tempatan turut melaporkan suspek merogol ibunya pertama kali pada tahun 2021.
Kejadian itu berulang lagi sekitar bulan Julai hingga Ogos.
Kusni berkata, suspek merogol adik perempuan berusia tujuh tahun sebanyak dua kali sebelum perbuatan itu terbongkar.
Difahamkan, polis masih menyiasat kes ini dan suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Katibung bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram