Empat ahli Parlimen wakili GRS, tiada isu ‘crossing the floor’

Dari Penulis

TIDAK timbul soal crossing the floor atau berpindah sokongan melibatkan empat ahli Parlimen Sabah yang ketika ini menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu ditegaskan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali membidas tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang menghantar notis memaklumkan berlaku kekosongan luar jangka.

Menurut Armizan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), isu crossing the floor itu tidak wujud kerana beliau bersama tiga lagi ahli Parlimen Sabah bertanding menggunakan tiket Gabungan rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Itu hak Ronald Kiandee untuk mengemukakan pendiriannya.

“Saya faham kekecewaan dan kemarahan beliau apabila tidak terpilih sebagai calon GRS pada PRU-15.

“Hakikatnya, inilah bezanya status kami dengan beliau dalam pilihan raya,” katanya seperti dilapor FMT.

Baca artikel berkaitan: Bersatu hantar notis perihal kekosongan empat kerusi Parlimen di Sabah

Mengulas lanjut, Armizan berkata, pengundi Papar sudah memilihnya untuk menjadi ahli Parlimen berdasarkan keputusan PRU-15.

“(Yang pilih saya) bukan seorang hero Malaya baharu di Sabah. Banyak parti bantu saya dalam siri kempen.

“Selain komponen GRS, saya juga didukung melalui muafakat bersama BN, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), PAS, Parti Cinta Sabah (PCS), dan badan bukan kerajaan (NGO,” katanya.

Terdahulu, Ronald dalam kenyataan memaklumkan Bersatu telah menghantar notis kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk memastikan telah berlaku kekosongan luar jangka melibatkan empat ahli Parlimen Sabah.

Keempat-empat ahli Dewan Rakyat tersebut adalah Armizan (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang).

Jelas Ronald, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan keempat-empat ahli Dewan Rakyat tersebut adalah calon yang bertanding pada PRU-15 sebagai anggota Bersatu.

Tambahnya, keahlian empat ahli Dewan Rakyat itu dalam GRS juga adalah sebagai anggota Bersatu.

Tegas beliau, tindakan menyertai dan duduk di blok yang tidak menyokong parti Bersatu yang diterajui oleh Muhyiddin merangkap Presiden Bersatu dan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang adalah crossing the floor dan melanggar janji pilihan raya mereka kepada para pengundi.

GRS kini antara gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan (WARISAN).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PN bukan milik mutlak mana-mana parti – Ahmad Samsuri

PERIKATAN Nasional (PN) bukan milik mana-mana parti secara mutlak. Demikian penegasan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam...

More Articles Like This