Amirbek dari Tajikistan, pemain import terbaru Kedah FC tiba hari ini

Dari Penulis

PEMAIN posisi tengah, Amirbek Jurobaev dari Tajikistan hari ini menjejakkan kaki ke bumi Jelapang Padi bagi mengiisi kekosongan pemain import bersama pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) FC.

Pemain yang tiba bersama keluarga di di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah itu disambut oleh pegawai dan sebahagian penyokong pasukan ‘Hijau Kuning.’

Mengenakan topi dan jaket berwarna hijau gelap, bintang baharu Kedah itu kelihatan tidak kekok melaungkan slogan ‘Pulun Kedah Pulun’ yang menjadi azimat KDA FC.

“Saya sangat gembira datang ke Kedah dengan sambutan para peminat, ia kelihatan seperti sebuah keluarga yang erat kepada saya,” katanya memetik papara video dari Facebook rasmi KDA FC hari ini.

Pemain berusia 26 tahun yang bakal beraksi di bahagian tengah pasukan Sang Kenari itu juga kelihatan bersemangat menggayakan mafla Hijau Kuning KDA FC.

Kehadiran pemain import itu bakal mengisi kekosongan kuota import pasukan Sang Kenari selepas menggugurkan dua pemain sensasi mereka pada musim ini iaitu Ronald Ngah dan Mahmoud Al-Mardi.

Berketinggian 1.79 meter, pemain skuad kebangsaan Tajikistan itu sudah mewakili pasukan negaranya sejak 2014 dengan 46 penampilan setakat ini.

Musim lepas dia mewakili United City FC di Liga Filipina, selain pernah membarisi beberapa kelab terkemuka Asia antaranya Istikhol FC, CSKA Akademia dan Navbahor Namangan FC.

Penyertaan Amirbek cukup mengujakan penyokong Sang Kenari apabila ada yang mengharapkan pemain itu kekal beraksi untuk sekurang-kurangnya dua hingga tiga musim.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This