Nafuzi harap isu tunggakan gaji pemain KDA FC diselesaikan segera

Dari Penulis

PARA pemain pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC berharap isu tunggakan gaji dapat diselesaikan segera bagi meningkatkan semangat menghadapi perlawanan seterusnya dalam Liga Super.

Ketua Jurulatih KDA FC Mohd Nafuzi Zain berkata bahawa penyelesaian isu tersebut akan membawa khabar gembira kepada pemain dan menjadi dorongan untuk mereka membuat persiapan yang lebih rapi.

“Dalam masa singkat ini, kita akan bertemu beberapa pasukan termasuk Sabah selepas ini. Kita hanya ada tiga atau empat hari untuk persiapan. Sabah memiliki pemain yang berkualiti, jadi kita perlu benar-benar bersedia dari segi persediaan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan yang menyaksikan KDA FC sekadar berkongsi satu mata apabila seri 1-1 menentang PDRM di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Mohd Nafuzi turut menambah bahawa semangat pemain KDA FC masih kuat, namun mereka memerlukan ‘penyuntik tenaga’ untuk memberikan motivasi luar biasa sebagai ‘tonik’ tambahan, yang kita semua sudah sedia maklum kepentingannya.

Gol KDA FC dijaringkan oleh Jose Clayton pada minit ke-28, sementara gol PDRM diperoleh menerusi Aremu Timothy pada minit ke-56.

Mohd Nafuzi bagaimanapun meluahkan rasa bangga dengan pemainnya yang terus menunjukkan sikap profesional dan berjuang habis-habisan untuk memastikan pasukan tidak tercicir mata di halaman sendiri dalam perlawanan malam tadi.

Sementara itu, Ketua Jurulatih PDRM, P. Maniam, berpuas hati dengan prestasi pemainnya yang berjaya mengikat KDA FC dan membawa pulang satu mata yang berharga.

“Bukan mudah bermain di Kedah. Mereka adalah pasukan yang kuat dengan pemain yang berkualiti, jadi memperoleh satu mata di sini adalah sangat bernilai untuk pasukan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This