MENTERI Sumber Manusia, V Sivakumar menafikan dakwaan penangguhan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 ke atas majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja dibuat tanpa persetujuan Kabinet.
Beliau menegaskan bahawa keputusan itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu.
Sivakumar menjelaskan, kerajaan cuba mengimbangi beban ditanggung perniagaan yang sedang dalam pemulihan selepas wabak COVID-19, pada masa sama melaksanakan faedah baru diperkenalkan dalam Akta Kerja 1955/22.
“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) belum pulih sepenuhnya daripada kesan pandemik dan jika kita masukkan ini (menaikkan gaji minimum kepada RM1,500) ia akan membebankan lagi PKS.
“Tetapi pekerja akan terus menikmati faedah baru seperti penambahan cuti bersalin dan paterniti serta waktu kerja yang fleksibel apabila pindaan Akta Pekerjaan berkuat kuasa 1 Januari 2023.
“Jadi, kami cuba lakukan sesuatu untuk majikan PKS dan telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum enam bulan lagi,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Baca artikel lain: 2 cedera bas ekspres terbalik di lebuh raya PLUS
Sivakumar berkata demikian sebagai mengulas dakwaan beberapa pihak bahawa beliau membuat keputusan sendiri berhubung penangguhan itu setelah dipengaruhi majikan.
Antara yang membuat dakwaan itu ialah Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan.
Majikan yang mempunyai kurang lima pekerja pada mulanya ditangguh daripada pelaksanaan gaji minimum sehingga 1 Mei 2022.
Namun pada Selasa lalu, Sivakumar mengumumkan penangguhan itu dilanjutkan lagi sehingga 1 Julai 2023.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

